x

July 18, 2014

Hallstat,Austria

Snap ketika dlm perjalaan ke St.Gilgensee




Beberapa km sebelum sampai Hallstatt





Keindahan rumah yang berwarna warni di Hallstatt


Hallstatt
Tiba di Hallstatt




Hallstatt





















 bus juga lalu di Fuschlsee                                 
           


ke stesen bus untuk ke St.Wolfgangsee


St.Wolfgangsee
St.Wolfgangsee

Hari ke 2 aku di Salzburg,aku menghabiskan masa ke St.Wolfgangsee.Sebenarnya tak terfikir pun nak kesana tetapi beberapa hari sebelum bertolak ke Salzburg ,aku ada menonton film lama Austria bertajuk(Im Weissen Rössl),dek sebab film itulah aku melawat St.Wolfgangsee.
St.Wolfgangsee
St.Wolfgangsee




St.Wolfgangsee


St.Wolfgangsee


St.Wolfgangsee
Ketika menaiki bot pulang dari St.Wolfgangsee ke St.Gilgensee                
Jalan2 di Sekitar St.Gilgen sebelum ambil bus  pulang ke Salzburg
St Gilgen
Perkampungan  St.gilgen
St.gilgen
St Gilgen
                               
                                                          Dari Salzburg ke Villah
Pemandangan yang sangat cantik sepanjang dari Salzburg ke sempadan Slovenia.Aku duduk disebelah Kanan,Disini aku sertakan gambar2 yang sempat aku snap sepanjang perjalanan.











***************************

***Disini, aku selitkan juga beberapa keping gambar yang disnap pada tahun 2013 ketika melawat Innsbruck,Austria. ***                            

**************************************************************************


*******************
INNSBRUCK


  










Pada 6 jun 2014 lalu, aku telah meredah 11 negara selama sebulan.ini adalah misi redah pertama.Alhamdulillah,perjalanan awal hingga akhir berjalan dengan baik.Walaupun sebulan itu bukanlah masa yang lama,tetapi seorang diri meredah negara-negara asing terutamanaya di balkans sedikit mencabar.Dengan nekad aku teruskan perjalanan dari Germany ke Austria.Memandangkan Germany adalah negara maju,maka tidak sedikitpun aku memikirkan keraguan atau takut.Dalam hati berkata,kalau aku sesat pun train banyak dan jika terlepas satu train,akan ada beberapa train lagi menuju ke Austria.Alhamdulillah pada jam 11.30 pagi aku bertolak dari Mannheim ke München dan seterusnya ke Salzburg,Austria.Perjalanan memakan masa 5jam 24minit dengan harga tiket (Euro 51.76).Dalam misi redah ke Balkans,aku telah membawa 9 ketul lengkuas sebesar jari ibu aku,seketul halia sebesar penumbuk bayi(sebab halia senang nak beli jika kehabisan),serai 15ketul,dedaun limau purut,Belacan dan serbuk kari Babas(Alhamdulillah aku x terbabas).

bukanlah kali pertama aku ke Austria tetapi perjalanan aku kali ini amatlah istimewa.Aku jenis yang sempoi ,kaki redah dan suka buat keputusan 3 seconds je jadi untuk ke sesuatu tempat aku selalunya tidak membaca banyak info dan jarang  beli buku travel atau peta.
Sesampai aku di Hostel,baru aku sibuk meng-google beberapa maklumat untuk ke Hallstatt.Setelah mencatat  no bus dan train station aku kesesokkan harinya ke Hallstatt. Indahnya ciptaan-NYA.aku menikmati pemandangan Tirol sepanjang perjalan………,tak terkata dibuatnya.

Perjalanan dari Salzburg HBF ke Hallstatt  memakan masa selama 3jam.jika ada yang berangan nak kesana nanti jangan lupa bekalkan makanan.sepanjang ke hallstatt,korang kena berhenti di bad ischi dan dari bad ischi korang kena ambil train ke hallstatt.so train ni nanti berhenti betul2 kat hallstat station.di hallstatt station ,dah ada bot tunggu nak keseberang.diorang pun tau bila train sampai hantar penumpang jadi korang x payahlah kecut tulang.sebab masa aku pergi tu,aku yang kecut tulang.dalam kecut2 tulang pun aku redah gak.aku juga banyak bertanya traveler disekeliling kerana aku juga tidak pasti jika aku distesen yang betul walaupun semua info dah ditulis dalam buku.



**Salzburg(Bus no 150) ----ke Bad Ischi(Train Station)

**Bad Ischi(Train Station)-----Terus ke (Station Hallstatt)

**Dari Hallstatt(Train Station )-----Feri dah tunggu untuk ke Kota hallstatt


**Perjalanan memakan masa hampir 3 jam disebabkan hari ahad,train dari Bad Ischi ke Hallstatt sejam 2 kali sahaja,jadi aku menanti lebih 30minits untuk dapatkan train seterusnya.