x

July 18, 2014

Bulgaria

Dari Skopje(Macedonia) aku menaiki bus ke Sofia(Bulgaria).Perjalanan yang memakan masa selama 4 jam itu tidaklah memenatkan sangat kerana aku dah biasa melintas dari 1 negara ke negara jiran dengan hanya menaiki bus atau keretaapi,yang perjalanannya memakan masa lebih dari 12jam.Perjalanan Kali ini  tidak membuat aku Histeria.Aku berkenalan dengan 2 pengembara lain ketika didalam bus dan kami banyak berkongsi cerita sepanjang perjalanan.Banyak nasihat yang deberikan dan info2 yang sangat-sangat bermakna untuk aku.Sepanjang perjalana,aku telah berkenalan dengan ramai pengembara lain,tidak kira samaada di hostel atau didalam bus/keretaapi..


Rakyat tempatan juga amatlah peramah,suka membantu dan baik hati.
Aku hanya berada 3 malam di sofia.Hari pertama aku menghabiskan masa dibandar manakala hari ke 2 aku mengambil bus ke 7rila lakes.
Untuk ke 7 rila lakes bukanlah semudah yang aku sangka tapi aku bersyukur perjalanan yang tidak semudah itu di permudahkanNYA







Jika korang dari Skopje,adalah lebih baik mencari bus untuk terus ke Dupnica,dimana disana korang boleh ambil mini bus untuk ke Rila.
Aku tiba di 7rila lakes lebih kurang jam 11.15 pagi,dimana aku bertolak pada seawal jam 7 pagi dari sofia.Sesampai aku di Rila,aku membeli tiket LIFT untuk sampai ke atas atau korang boleh berjalan selama lebih kurang 2 jam.
Kabus masih menebal dan harapan untuk melihat ke tujuh-tujuh tasik amat tipis tetapi aku mula mendaki gunung yang tingginya lebih kurang 2,500meter itu.Setelah 3 jam mendaki,kabus masih tidak berganjak.untuk melihat pendaki lain didepan juga amat tipis tetapi masih kedengaran suara-suara mereka yang sebenarnya tidak jauh didepan aku.memandangkan sudah 3 jam aku mendaki maka kau membuat keputusan meneruskan lagi pendakian.Alang-alang  naik,lebih baik aku teruskan aja.Akhirnya setelah  4 jam pendakian matahari terpancar untuk beberapa minit.Aku cepat-cepat dapatkan camera dan snap beberapa tasik disekeliling.Ketika itu aku hanya berpeluang melihat 4 tasik sahaja kemudian kamus mula menutupi gunung.Memandangkan hari sudah petang,aku terpaksa turun untuk dapatkan lift turun kebawah.Aku sebenarnya tidak tau untuk turun semula kebawah kerana ketika kau naik,kabus amat tebal.


Selepas 30minit aku turun,matahari bersinar lagi.Aku berhenti dan snap sebanyak yang mungkin.Betapa indahnya 7rila lakes.Pemandangan dari atas gunung sunggup menakjubkan.Bunga-bunga kecil disekeliling membuatkan kau lalai diatas gunung.
Sedar tak sedar jam sudah menunjukkan 5-15petang sah aku x sempat dapatkan lift terakhir.Selepas aku menyanyi2 diatas gunung,barulah aku tersedar yang aku kali ini dah jauh melencong ke hutan diamana ada beruang dan serigala.
Aku baru perasan yang aku sudah sesat .Ketika mendaki aku tidak nampak pokok-pokok dikeliling kemudian aku cuba lihat gambar2 yang mula2 aku snap ketika naik dan ternyata aku dah sesat ke arah lain.Aku cuba naik ke gunung semula dan satu-satnyau petunjuk yang harus aku cari adalah tiang lift.Setelah 1 jam aku mendaki ke atas gunung,aku terlihat tiang lift.Dari situ aku teruskan perjalanan sehinggalah aku jumpa jalan turun.Tak sangka aku rupanya telah tersesat jauh ke Timur,sedangkan permulaan aku naik ke gunung melalui Barat.


































































Memandangkan jam sudah menunjukkan hampir 7 malam,aku hanya berdoa jika masih ada sesiapa yang akan turun ke bawah kerana kau harus kejar train untuk pulang ke Sofia.Aku sekali lagi dibantu oleh NYA.Aku nampak 4 pendaki yang baru turun dari gunung.Rupa-rupanya 2 dari mereka juga telah sesat.2wanita tersebut menangis-nangis menceritakan ketakutan mereka.Diorang cakap takut kena terkam dek Serigala atau Beruang,sedangkan aku sebaliknya.Aku siap menyanyi-nyayi ketika sesat tadi.
Ini adalah gambar2 yg aku snap dari dlm tren sepanjang perjalanan pulang ke Sofia.Walaupun jam menunjukkan 8malam,tetapi matahari masih memancar.Musim panas kebiasaannya amat panjang dieurope dimana matahari terbenam lebih kurang jam selepas jam 10mlm.




Gambar bunga2 matahari ni juga aku snap ketika perjalanan dari sofia ke utara Bulgaria.Beribu hektar pokok2 bunga matahari ditanam disini.Sepanjang di sofia aku x nampak pun pokok2 ini.Jadi untuk trip tahun2 akan datang,aku akan cuba berhenti dan habiskan waktu diladang bunga matahari pula.