x

July 18, 2014

Albania

Memandangkan tiada pengangkutan awam dari Kotor atau Budva(Montenegro) ke Tirana(Albania),aku meng-google secepat yang mungkin untuk dapatkan maklumat bagaimana untuk ke Tirana.Memandangkan Tirana bukanlah destinasi pilihan,namun aku terpaksa tembus ke sana untuk sampai ke Skopje.Akhirnya aku mengikuti Tour Van dari Hostel montenegro di Budva untuk ke Tirana.Inilah satu-satunya Hostel yang aku tau yang membawa tourist2 ke Tirana.Dengan harga satu perjalanan 35euro,aku bertolak keesokkan harinya pada  jam 8.30 pagi dari Budva ke Tirana.Selepas 3 jam perjalanan kami singgah di sebuah restoran di Albania untuk mengisi perut yang luka sejak dari pagi lagi!
Apabila dimaklumkan pemandu yang restoren-restoren hanya menjual  kopi dan minuman sahaja,terpaksa kami meneruskan lagi perjalanan dengan perut kosong hingga ke Restoren seterusnya.Selepas kami ke restoren ke 5,akhirnya kami dapat juga jumpa restoren yang ada menjual makanan.Jadi, janganlah korang terkejut kera jika korang melalui  barat albania dari montenegro nanti.
selepas perut kenyang kami meneruskan perjalanan.Sepanjang Perjalanan,kami diberitahu Pemandu van yang dia tidak boleh memberhentikan kenderaan sesuka hati di kawasan perkampungan atau bandar.Jika ada yang ingin melintas jalan,dan korang sedang memandu,dinasihatkan jangan beri laluan pada pelintas.kemungkinan besar kereta korang akan dilanggar dari belakang atau akan adanya pergaduhan.Jika ada yang nak melintas,biarkan mereka melintas dengan cara mereka.JIKA KORANG DISANA NANTI,TENGOKLAH SENDIRI MACAM MANA LORI2,RAILER DAN KERETA LALU LALANG DIJALAN RAYA DENGAN LAJU DAN BAGAIMANA PENDUDUK ALBANIA MELINTAS JALAN!
Akhirnya selepas 5jam setengah perjalanan,aku sampai di Tirana.Maaf,tiada Bus station di Tirana.Bus hanya berhenti di (Perhentian bus kecil) sahaja,dimana korang tak akan tau lokasi manalah korang diberhentikan .Sepertimana yang aku google,di Tirana terdapat sektion A,B,C,dan D.Jadi jika korang nak teruskan perjalanan ke Macedonia melalui Tirana,googlelah sebaik mungkin untuk segala info,dimana untuk beli ticket dan dimana bus berhenti.
Selepas 4 jam di Tirana,aku mengambil keputusan untuk ke Skopje,tanpa bermalam di Tirana.

Dengan mengumpul segala info,aku bertanya kepada pemandu Bus jika aku boleh dapatkan tiket terus ke Skopje.Memang senang,korang boleh beli tiket terus dari dalam bus untuk ke Skopje.Tiketnya hanya berharga 25Euro sahaja.Jangan lupa,korang kena tunggu bus di section D.Sektion D terletak di belakang National Historical Museum(Albania).Nak tau Berapa jam untuk sampai ke Skopje dari Albania?Silakan Klick di page Macedonia.