Harga tiket dari salzburg ke Ljubljana =€43.Perjalanan memakan masa selama 4jam 30 minit.Sekali lagi mata aku disajikan dengan pemandangan yang indah sepanjang perjalanan merentasi slovenia dari Salzburg.
Inilah kota kecil Ljubjana dimana disini ada jual Daging kuda.Burger daging kuda disini banyak dijual tetapi aku x ambil peluang untuk merasa.Kalau ada yang nak makan daging kuda,korang tanyalah penduduk tempata dimana utk mendapatkannya.
Sehari di Ljubjana sudah memadai kerana tak banyak tempat nak dilawati.Aku menghabiskan masa selama 4 jam menerokai kota ini selain melepak dicafe sambil minum cappucino!
Panas yang terik menyebabkan aku demam di Ljubjana.aku cuba kuatkan diri dan pergi ke tasik Bled kerana inilah peluang untuk melawat Slovenia sebelum meneruskan perjalanan ke negara jiran.Dengan panas yang amat terik,aku tidak lama di Bled,hanya 2 jam disana.Jika korang kesini pada bulan jun-ogos,jangan segan2 terjun tasik,boleh la berendam lama sikit memandangkan cuaca yg panas terik.
Inilah itik manja yang aku kebas roti aku,rezeki kau lah itik comel.
No comments:
Post a Comment