x

July 11, 2015

Sorrento,Italy

Perjalanan dari Napoli ke Sorrento memakan masa selama 1jam 25 minits.Aku menaiki metro kesana dengan harga 3.40euro sehala.Perjalanan memakan masa agak lama kerana aku mengambil Circumversuvian train,tambahan pula aku punya banyak masa.
Jika korang nak cepat boleh ambil  Diretto train tapi aku x pasti harga tiket dan berapa lama perjalanan tapi pastiya korang tak berhenti lebih 20 station.Jika koang menaiki Circumversuvian train dan cuaca diluar panas,korang rasalah kepanasan oven selama perjalanan.
Aku bermalam 4 hari di Sorrento.kotanya juga kecil jadi 5-6 jam sudah mencukupi.

Hari kedua di Sorrento,aku meneruskan perjalanan ke Positano dan Amalfi.Sepanjang trip aku di Italy,nak aku katakan yang Positano adalah tempat ke 2 cantik dan paling best selain Cinqe Terre.
Untuk ke Positano dari Sorennto korang boleh ambil bus dengan harag 20euro return manakala untuk ke Amalfi dari Positano harga tiket hanyalah 6 euro.Dari Sorrento juga terdapat Hop on hop off bus,tetapi harganya mahal sikit.tak silap 20.00euro
memandangkan bulan jun musim buah,jadi korang boleh lihat banyak pokok2 buah orange dan Lemon disini.
Walaupun aku disini pada hujung bulan july namun masih berpeluang melihat beberapa pokok buah lemon dan orange.
Hari ketiga disini,aku pergi ke Capri(merempit naik jetski),hahaah taklah gurau je!!Ermmmm,aku nak katakan yang aku hanya membuang masa dan duit di Capri.Segalanya mahal dicapri.Pulaunya juga biasa2 aja.
Nak dibandingkan Positano dengan capri,aku sarankan skip capri dan habiskan masa dipositano.Capri bukan sahaja mahal,malah tak banyak tempat menarik.Takat popular je pada pandangan aku,selera masing2!! Pada aku,rugi je datang capri.
sepanjang perjalanan dari Sorrento ke positano dan amalfi,korang akan dihiasi dengan keindahan pemandangan alam semula jadi tanpa henti.jangan lupa duduk sebelah Kanan.
Rumah teres yang berwarna-warni disini juga tak jauh beza dengan fortofino dan cinque terre cuma bezanya disini,perumahan didirikan dilereng2 bukit.
makanan dan minuman disini juga berpatutan dan kedai2 untuk gift pun banyak.Keadaan jalan disini amat kecil,berbukit,berliku- liku dan curam jadi jangan lupa bawa plastik dan ubat jika ada yang tak biasa dengan jalan berliku2.
Disini beberapa gambar yang baru aku snap untuk tatapan pengembara semua.



The journey from Napoli to Sorrento takes about 1 hour and 25 minutes. I simply take the metro with the cost about 3.40 one-way. The journey for me is a bit long as I’m taking the Circumversuvian train, as I’ve plenty of time at that moment, so why not!
Let say, if you want a shorter and faster journey, it is advisable to take Diretto train, but I do not know the exact price and the exact journey time. One thing I know that you will not stop more than 20 stations, that’s for sure. However, if you take Circumversuvian train and if the weather is really hot at that time thus, you will feel like you are in an oven the whole journey! And trust me, you don’t want that!
I stay for 4 days in Sorrento, the city is small so 5-6 hours is enough for me to do the tour.

Day two in Sorrento, I need to continue my journey to Positano and Amalfi. During the trip to Italy, I personally think that Positano the second best and beautiful city compared to Cinge Terre.
To go to Positano from Sorrento, you need to take bus with the price of 20 return. Meanwhile from Positano to Amalfi the ticket only cost 6. For your information, from Sorrento there’s also a Hop on Hop off bus but the it is a bit pricey for me,  about 20.
Considering this June, is a fruit season, so you can see there’s lot of oranges and lemon here.
Although, I come at the end of July but surprisingly I still get the chance to see all those oranges and lemon trees! 
Day three, I go to Capri (with a jetski) lol kidding! Actually the price in Capri, everything is expensive!!! So I only wasting my time and my money in that city. Can you imagine, the price is expensive but the island is just like a normal cheap island. So it is not even worth it. To compare Positano with Capri, I suggest skip the Capri and spend your whole time at Positano. Yes its true Capri is the most famous among the rest but oh well I don’t see it is worth it.
The whole journey from Sorrento to Positano and Amalfi, you will see the beautiful scenery and nature non-stop – oh don’t forget try to take a seat on the right hand side.
The colorful terrace house here not much different with Fortofino and Cinque Terre, the only differences is the house here is developed on the hill side. The price of the food and beverages here is reasonable and what’s best is the gift shops are everywhere! The road here is small, hilly and winding. So here I provide you guys with the photo.


















































Napoli,Italy

Perjalanan dari Florence ke Naples memakan masa lebih kurang 2jam 54minit dengan tiket berharga €59.00,mahal tiket kali ni sebab aku beli sejam sebelum berlepas.Aku menginap 1 malam di hostel La Controra,Naples(Napoli).Dinasihatkan pada semua kaki jalan yang datang ke Napoli haruslah berwaspada dan jangan sesekali menanyang barang2 berharga ketika menjejak kaki disini,Tambahan lagi di Naples (Stazione di Napoli Centrale).Pelbagai cerita negatif sudah aku dengar dari single travellers yang kebetulan sama2 menginap di sebuah hostel di Florance,dan juga Napoli.Kami bertukar2 cerita dari pengalaman pahit dan manis sepanjang pengembaraan solo masing2.Alhamdulillah banyak nasihat diberikan pada-Ku dan menguatkan semangat untuk meneruskan perjalanan kali ini.
Sewaktu di Florence,aku menginap di bilik bersama seorang gadis dari Bolivia.Best dapat roommate yang ramah dan lucu.Sewaktu dia tiba di bilik,dia terus bertanya destinasi aku seterusnya,aku  mengatakan yang akan ke napoli dan kebetulan pula dia baru sahaja Datang dari napoli.Bermulalah cerita duka dari teman sebilik aku ni.Macam2 kejadian terjadi pada dia sewaku disana.Padamulanya aku x ambil endah  sebab tak nak ada perasaan takut.aku pun mcm dia juga sorang2 travel.Aku dah banyak kali baca di Google yang Napoli ni Bukan sahaja kota yang menarik tetapi juga merbahaya,Ahhhh degil,nak jugak kesana oiiiiiii!Disana banyak Master penyeluk saku tambahan pula di  train station( Stazione di Napoli Central).
Nak pendekkan cerita,kawan sebilik aku ni diragut dan diekori lelaki ketika melawat beberapa kawasan dibandar.Disebabkan kejadian itu dia terus mengambil tiket ke Florence.
Aku agak terkejut melihat kebanyakkan lelaki2 di Napoli yang bertatu dan kebanyakan lelaki dewasa juga bersubang.Aku yakin korang akan rasa sendiri kemafiaan di sini dan kelainannya dari kota Italy yang korang pernah pergi. aku jarang sekali melihat purata lelaki bertatu dan bersubang samaada di europe atau bandar Italy yang pernah aku pergi.Pemandu taxi juga agak kasar,aku boleh katakan yang  kebanyakan mereka berperangai macam mafia dan prestasinya tak menurun. Sebelum aku ambil taxi bertanya dahulu  tentang harga untuk ke hostel,dengan nada yang tinggi pemandu itu memberitahu yang hostel aku agak jauh.Dah dijangka aku ditipu.Sesampai dihostel,aku terus bertanya direception ,mereka hanya menggelengkan kepala dan memberitahu bahawa aku dibawa pusing2 dibandar selama 20minit sebelum ke hostel yang sebenarnya hanya memakan masa 8 minit untuk sampai ke hostel .Aku telah membayar tambang sebanyak €40.00 sedangkan menaiki Metro hanya 15 minit dengan harga €1.00!  Disebab penat dengan panas terik ketika itu,membuatkan aku mengambil jalan singkat untuk sampai ke hostel tanpa berfikir lebih  panjang(kan dah kena!)aku selalu buat keputusan 3 seconds,kan padan muka.
Di sini aku nak nasihatkan pada korang diluar sana yang bercadang nak ke Napoli,datanglah berdua atau berkumpulan.Memang agak merbahaya berseorangan tambahan pula pada gadis2,lelaki di napoli setengahnya suka ikut jika terlihat traveler wanita berseorangan.Jalanlah di kawasan ramai pengunjung dan jauhkan diri dari berjalan di kawasan sunyi sebab sesetengah tempat,lorong2nya kecil dan kadang2 boleh tersesat dan akan membahayakan diri.Aku sentiasa keluar dari kawasan yang aku rasa pelik dan kurang mengunjung.Tak kena x apalah,nanti kalau jadi apa2 sape susah?










                                                                       Hostel
                                                             










Pisa - Florence,Italy