x

July 11, 2015

Napoli,Italy

Perjalanan dari Florence ke Naples memakan masa lebih kurang 2jam 54minit dengan tiket berharga €59.00,mahal tiket kali ni sebab aku beli sejam sebelum berlepas.Aku menginap 1 malam di hostel La Controra,Naples(Napoli).Dinasihatkan pada semua kaki jalan yang datang ke Napoli haruslah berwaspada dan jangan sesekali menanyang barang2 berharga ketika menjejak kaki disini,Tambahan lagi di Naples (Stazione di Napoli Centrale).Pelbagai cerita negatif sudah aku dengar dari single travellers yang kebetulan sama2 menginap di sebuah hostel di Florance,dan juga Napoli.Kami bertukar2 cerita dari pengalaman pahit dan manis sepanjang pengembaraan solo masing2.Alhamdulillah banyak nasihat diberikan pada-Ku dan menguatkan semangat untuk meneruskan perjalanan kali ini.
Sewaktu di Florence,aku menginap di bilik bersama seorang gadis dari Bolivia.Best dapat roommate yang ramah dan lucu.Sewaktu dia tiba di bilik,dia terus bertanya destinasi aku seterusnya,aku  mengatakan yang akan ke napoli dan kebetulan pula dia baru sahaja Datang dari napoli.Bermulalah cerita duka dari teman sebilik aku ni.Macam2 kejadian terjadi pada dia sewaku disana.Padamulanya aku x ambil endah  sebab tak nak ada perasaan takut.aku pun mcm dia juga sorang2 travel.Aku dah banyak kali baca di Google yang Napoli ni Bukan sahaja kota yang menarik tetapi juga merbahaya,Ahhhh degil,nak jugak kesana oiiiiiii!Disana banyak Master penyeluk saku tambahan pula di  train station( Stazione di Napoli Central).
Nak pendekkan cerita,kawan sebilik aku ni diragut dan diekori lelaki ketika melawat beberapa kawasan dibandar.Disebabkan kejadian itu dia terus mengambil tiket ke Florence.
Aku agak terkejut melihat kebanyakkan lelaki2 di Napoli yang bertatu dan kebanyakan lelaki dewasa juga bersubang.Aku yakin korang akan rasa sendiri kemafiaan di sini dan kelainannya dari kota Italy yang korang pernah pergi. aku jarang sekali melihat purata lelaki bertatu dan bersubang samaada di europe atau bandar Italy yang pernah aku pergi.Pemandu taxi juga agak kasar,aku boleh katakan yang  kebanyakan mereka berperangai macam mafia dan prestasinya tak menurun. Sebelum aku ambil taxi bertanya dahulu  tentang harga untuk ke hostel,dengan nada yang tinggi pemandu itu memberitahu yang hostel aku agak jauh.Dah dijangka aku ditipu.Sesampai dihostel,aku terus bertanya direception ,mereka hanya menggelengkan kepala dan memberitahu bahawa aku dibawa pusing2 dibandar selama 20minit sebelum ke hostel yang sebenarnya hanya memakan masa 8 minit untuk sampai ke hostel .Aku telah membayar tambang sebanyak €40.00 sedangkan menaiki Metro hanya 15 minit dengan harga €1.00!  Disebab penat dengan panas terik ketika itu,membuatkan aku mengambil jalan singkat untuk sampai ke hostel tanpa berfikir lebih  panjang(kan dah kena!)aku selalu buat keputusan 3 seconds,kan padan muka.
Di sini aku nak nasihatkan pada korang diluar sana yang bercadang nak ke Napoli,datanglah berdua atau berkumpulan.Memang agak merbahaya berseorangan tambahan pula pada gadis2,lelaki di napoli setengahnya suka ikut jika terlihat traveler wanita berseorangan.Jalanlah di kawasan ramai pengunjung dan jauhkan diri dari berjalan di kawasan sunyi sebab sesetengah tempat,lorong2nya kecil dan kadang2 boleh tersesat dan akan membahayakan diri.Aku sentiasa keluar dari kawasan yang aku rasa pelik dan kurang mengunjung.Tak kena x apalah,nanti kalau jadi apa2 sape susah?










                                                                       Hostel
                                                             










No comments: