x

July 11, 2015

Cinque Terre,Italy

Train dari Genoa ke Cinque Terre memakan masa selama 4jam 30minit dengan harga tiket hanya €24.00 sahaja.
Aku berada 4hari 3 malam dihostel terre dengan harga 25euro semalam.
Subhanallah betapa indahnya kampung2 disini dengan keunikan bangunan berwarna warni dan laut yang membiru.
Aku membeli Cinque Terre day tiket dengan harga 12 Euro.Dengan adanya day tiket korang bolehlah ke 5 kawasan perkampungan paling cantik di Cinque Terre dalam masa sehari.Setiap kampung mempunyai keunikan tersendri tetapi yang tercantik adalah Manarola dituruti Riomaggiore tempat ke dua.
Diantara 5 kampung yang aku lawati adalah MANAROLA,MONTEROSSO,VERNAZZA,RIOMAGGIORE DAN CORNIGLIA.Setiap kampung mudah dikunjungi hanya hop on train korang akan sampai disetiap destinasi.Apabila korang membeli Day tiket,juga akan diberi peta percuma dan jadual train,jadi semuanya ditangan,mudah perjalanan
kan!
Jika korang google Cinque Terre,sudah pastinya tersimpan hasrat untuk kesini.5 perkampungn tercantik didaerah La Spezia ini tidak asing lagi buat penduduk Amerika,china,japan dan europa sendiri.Keunikan perkampungan Cinque Terre bukan sahaja dengan warna warni rumah teresnya malah keserlahannya zang dibina dilereng-lereng bukit.Apa yang aku tau,pada abat lalu,penduduk Cinque Terre amat berhati-hati membina rumah mereka.Bukan sahaja untuk memperolehi pemandangan yang indah dari atas bukit malah menghirkan ia dari dilanda banjir.
Ketika ini,terdapat jalan darat yang menghubungkan La Spezia ke Cinque Terre namun tidak kesemua kampung.Dengan jalannya yang kecil dan berliku-liku,aku nasihatkan adalah lebih baik mengambil ferry atau train dari La Spezia Central station untuk ke sini.
Buat penggemar pasta, pesto,seafood,olive(buah zaitun) dan wein disini adalah tempat terbaik untuk merasa sendiri keenakan makanan Italy yang segar dan lazat.
Penduduk disini juga banyak menghasilkan wein dan Olive mereka dan ia dijual pada pengunjung2 yang datang kesini.Harga makanan juga amat berpatutan dan amat berbaloi sekali mencuba setiap hidangan seafood disini.
Sebeluma aku tutup cerita,nahhh tengoklah puas2 gambar dibawah.